Monday, December 6, 2010

hijrah pencetus muafakat

Kewibawaan Rasulullah membina masyarakat bersatu padu wajar dijadikan teladan.


PERISTIWA Maal Hijrah yang disambut sebagai permulaan takwim Islam pada 1 Muharam, adalah peristiwa penuh bersejarah kepada umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.


Peristiwa penghijrahan umat Islam dari Kota Makkah ke Madinah adalah satu strategi yang mengambil kira perancangan jangka panjang untuk menterjemahkan gagasan dan wawasan Islam dalam bentuk penyusunan masyarakat bernegara.


Islam diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW bermula di Makkah sejak 13 tahun sebelum hijrah. Dalam usia pengikut Nabi yang masih mentah dengan Islam ketika di Makkah, banyak rintangan terpaksa mereka hadapi.


Pendekatan hidup Islam yang dihayati masyarakat awal Islam ini dianggap pembesar Quraisy pada masa itu sebagai satu ancaman merbahaya kepada sistem hidup jahiliah di Makkah. Sistem bermasyarakat jahiliah masa itu akan dapat mengekal kedudukan keistimewaan mereka.


Mereka akan terus berkuasa dan meneruskan penindasan terhadap masyarakat massa Makkah tanpa penentangan. Masyarakat yang khayal dengan kehidupan berlandaskan nafsu, struktur masyarakat berpuak-puak dengan sistem perhambaan membolehkan pimpinan jahiliah Quraish meneruskan penindasan.


Penyembahan kepada patung berhala adalah sesuatu untuk masyarakat massa terus berkhayal kepada keadaan realiti.


Selain itu, sebagai pusat perniagaan dan ibadat yang dikunjungi ramai masyarakat Arab, penguasaan golongan berkuasa terhadap kota Makkah membolehkan mereka mengaut keuntungan besar.


Oleh itu, masyarakat awal Islam ditindas, dizalimi dan dipencilkan masyarakat jahiliah di Makkah. Namun, keimanan yang mantap disertai kepemimpinan, keilmuan dan teladan perilaku Rasulullah sebagai model ikutan, mereka mampu menghadapi cabaran penuh keyakinan dan mencapai kemenangan.


Mereka dididik dengan keimanan yang mantap disertai keilmuan Islam. Ayat al-Quran yang diturun di Makkah bukan saja membina keimanan manusia kepada keesaan hanya kepada Allah tetapi sekali gus mendidik pentingnya hidup bermuafakat dalam masyarakat untuk menegak kebenaran.


Islam membawa suatu misi untuk membangun masyarakat Makkah ke arah suatu sistem yang mendukung kebenaran melalui pengabdian kepada perintah Pencipta manusia. Allah menganjur penyusunan umat manusia hendaklah berasaskan semangat keadilan dalam bermasyarakat. Dasar ini sudah pasti memberi peluang yang sama untuk masyarakat massa Makkah pada masa itu.


Gagasan Islam ini memerlukan kepada kepemimpinan yang adil dan berusaha membina personaliti atau sahsiah manusia yang murni dan merdeka. Semangat keadilan dan peningkatan akhlak manusia mendukung kebenaran tidak boleh di terima pembesar Makkah pada masa itu.


Walaupun kian hari Islam makin bertambah kuat, namun permusuhan Quraisy terhadap pengikut Islam kian meningkat dengan lebih terancang. Mereka memutuskan untuk membunuh Nabi dengan menggembleng semua suku kaum Quraisy di Makkah.


Quraisy jahiliah merancang, Rasulullah dan pengikutnya turut merancang. Dalam suasana sedemikian, Allah membuat penentuan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah dan Muhajirin Makkah di terima baik oleh golongan Ansar Madinah.


Penghayatan prinsip bermasyarakat secara Islam di Madinah adalah kemuncak kepada kejayaan Islam. Masyarakat majmuk Madinah mampu dan bersedia tunduk kepada nilai Ilahi.


Umat Islam pada awal penghijrahan adalah masyarakat minoriti. Namun dengan kewibawaan kepemimpinan Rasulullah SAW dalam melaksanakan prinsip Islam, umat bukan Islam merasai mereka turut maju dengan Islam.


Peristiwa hijrah yang menjadi asas kepada takwim Islam perlu dikaji dan direnungi umat manusia dewasa ini kerana dalam membina dan menyusun umat manusia dengan berpaksikan nilai Ilahi yang berteraskan kebenaran melalui roh keadilan, halangan yang besar sudah pasti menjadi lumrah.


Peristiwa hijrah mengajar kita erti pengorbanan. Kejayaan umat Islam Makkah (muhajirin) yang terpaksa berhijrah demi untuk menegak keadilan Ilahi dan seterusnya usaha muafakat membangun Islam dengan kaum Ansar di Madinah menjadi satu pengajaran yang penuh erti.


Peristiwa hijrah adalah tindakan strategik untuk membangun Islam secara komprehensif. Bagi Islam, setiap masa berlalu perlu untuk menilai kepada usaha silam dan mengatur langkah menempuh masa depan.

hari yg bakal tiba..

Salam maal hijrah...
semoga tahun baru ini membawa pengertiaan
yang lebih baik..
pada setiap hamba allah..
yg masih di beri peluang untuk
menghambakan diri pada Nya..

Sunday, November 28, 2010

lumrah kehidupan

kadang-kadang kita mmg x kan dpt
pe yg kite nak..
sbb blm tentu lagi apa yg kita benci itu
adalah yg paling tidak baik..
dan apa yg kita suka..
adalah yg terbaik...
allah lebih tahu apa yg terbaik utk
hambanya...dan kita sebagai
hambanya bersyukurlah atas apa yg telah
allah tetapkan utk kita...


aku sering juga mengalami
kegagalan dalam hidup ini..
tapi aku terima dgn redha..
sebab aku yakin..allah lebih berhak atas
kehidupan aku ini..
aku baru sahaja di gagalkan oleh cinta...
perasaan yg sememangnya aku tidak mahu
wujud dalam hati aku ni..tapi...
cinta itu datang tanpa di paksa..
perlu hadir dgn hati yg ikhlas...dan
setelah cinta aku di tolak..
mmg aku rasa kecewa..dan berputus asa..
tp aku redha..sebab allah sedang menguji aku..
mgkn satu hari nanti hati die akan terbuka untuk menerima aku
hanya allah yg tahu...
Aku serahkan seluruh hidup aku ini..
kepada Dia yg Maha Mengatahui........

Friday, November 26, 2010

hatiku...

jika aku jatuh hati
bantulah aku untuk bangun
sembuhkanlah lukaku
hapuskanlah air mataku
bantulah aku yg lemah ini
iringilah langkahku
berikanlah senyuman untukku
jika pandanganku gelap
bimbinglah aku..
berikanlah cahaya untukku
jika aku bersedih..
tunjukkanlah aku bahagia
berikanlah senyumanmu untukku
tunjukkanlah bahagiamu..
andai aku mati..
janganlah engkau kecewa
jangan menangis
jangan engkau suram..
kerna jika engkau nangis waktu itu
aku tidak lagi mampu untuk
bangun dan mengusap air matamu..

Tapi aku berjanj untuk terus hidup dalam hatimu..
sehingga engkau menghapuskan namaku dalam hatimu..

Cinta itu adalah anugerah
dan bukan fantasi
bertunjangkan nafsu..

lagu menggambarkan perasaanku

mengapa kau pergi
mengapa kau pergi
di saat aku mula mencintaimu
berharap engkau menjadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
menyindiri lagi
menyindiri lagi
di saat engkau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yg menghiasi hariku
disaat aku terbangun dari tidurku
aku inginkan dirimu, datang dan temui aku
kan ku katakan padamu ku,
sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu, datang dan temui aku
kan ku katakan padamu ku,
sangat mencinta.....

semoga engkau kan mengerti
akan perasaan ini..





dadali - Disaat aku mencintai dirimu

first time dgr lagu ni terus aku suke
lirik dan melodi yg menyentuh hati...
dan aku tujukan lagu ni kat sumone...
hope one day she will
understand my feelings..
haha

Wednesday, November 24, 2010

aku yg tgh bosan..

aku buat blog ni tak harap pun ade org nak bce
just saje2 je nak buat tempat mengarut...
kehidupan aku seperti insan lain
yang selagi masih ada nafas yg bisa di sedut
aku amat bersyukur kerna masih berpeluang menikmati erti kehidupan
yg tidak semua insan lalui hari yang sama tiap hari dalam hidup mereka.
tp tak ramai pun yang bangunnya tiap pagi mengucap syukur pada
ilahi masih di beri peluang untuk bernafas dan menjalani hari yan g
tiap harinya pasti berbeza.
Sebagai hamba allah kita diberi nikmat dan dugaan.
Jika di beri nikmat bersyukurlah dan jika diberi dugaan pula
sabarlah kerna allah menguji kita kerna sayangnya Dia pada hambanya.
Janganlah kamu berkata yang kamu ini manusia yang beriman sedangkan
kamu tidak pernah di uji oleh Nya.Sesungguhnya pasti ada ganjaran bagi mereke yang bersabar.